Monday 10 December 2012

Dear Kaum Hawa, You Should Read This :')

 
Assalamualaikum Blogger :* Today, Sekarang Ummu nak bagitahu Kaum Hawa tentang 4 Jenis Lelaki Yang Anda Patut Putuskan Hubungan. Antaranya :
 
1.Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah lama mengenalinya.Situasi ini bermakna bahawa anda bukan orang yang dia inginkan.
 
2.Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu.Selalunya lelaki sebegini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda.Tetapi,apabila anda memerlukannya,dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelak daripada anda.
 
3.Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra.Ke mana saja anda berdua.Ibarat merpati sejoli pada pandangan orang.Malangnya hati lelaki itu tidak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya.Jangan buang masa dengan lelaki seperti itu.
 
4.Lelaki yang anggap dirinya sentiasa betul.Setiap perkara yang anda buat salah pada mata atau pandangan dia.Selalunya kalau menjalinkan hubugan dengan lelaki macam ini,anda akan sering dimarah atau ditengking kononnya anda saja bersalah dalam sesuatu hal.Itulah jenis lelaki yang EGO keterlaluan.
 
 
 
Template Designed by Farahin | © All Rights Reserved.